Saturday, March 26, 2011

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG

"Tak kenal maka tak cinta", begitulah perumpamaan tepat bagi mereka yang belum pernah menikmati keenakan Kuzi ini. Suatu "kenikmatan yang terlepas" hanya kerana kurangnya promosi dan sukarnya mencari hidangan tersebut di pasaran selain Kelantan. Tetapi bagi yang telah pernah menikmatinya pasti akan tercari-cari, setidak-tidaknya akan cuba memasak menggunakan resepi dari buku atau Internet. Cuma persoalannya adakah resepi tersebut betul dan di mana pula nak mencari rempah/pes Kuzi yang asli? Jawapannya ada di sini.

APA ITU KUZI?
Kuzi adalah sejenis hidangan eksotik yang berasal dari Kelantan dan biasanya dimasak bersama ayam, kambing dan lembu dan dimakan bersama roti, roti jala atau nasi briyani/minyak. Kuzi sering dihidangkan di majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan (khusus untuk makan adab bagi pengantin) juga sebagai hidangan spesial semasa Hari Raya atau majlis-majlis keraian tertentu bagi mereka yang tahu menyediakannya. Lazimnya bila ada Kuzi majlis akan menjadi Gah! 


Bukan semua orang pernah berpeluang merasai keenakan Kuzi ini kerana ia sukar didapati dan jarang dipromosikan, tidak seperti makanan Kelantan yang lain seperti Tomyam, Nasi Kukus, Kerabu atau Berlauk. Resepinya adalah amat unik dan penyediaannya juga sedikit rumit. Bagi mereka yang pernah merasainya pasti akan terliur tatkala disebut mengenai hidangan eksotik ini.



ASAL KUZI
Adalah tidak dapat dipastikan asal resepi ini tapi ramai yang mengaitkannya dengan Timur Tengah (Negara Arab) kerana terdapat penggunaan bahan seperti Saffron (orae Kelate kata Zakpare) yang popular digunakan dalam masakan mereka. Tidak hairan juga kalau ada yang mengaitkan Kuzi ini sebagai makanan di raja kerana asalnya  dari Istana dan menjadi hidangan bagi pembesar ketika itu. Logiknya pembesar di zaman tersebut sering berinteraksi terus dengan pedagang dari Arab dan resepi tersebut mungkin diturunkan kepada mereka melalui pedagang-pedagang ini.

KUZI KAMI
Alhamdulillah setelah bertahun-tahun kami menyedia dan menikmati masakan Kuzi ini, kini kami ingin mempromosi dan menyediakan pes/rempah Kuzi asli kami untuk pasaran umum. Rempah KUZI KAMI ini adalah berdasarkan resepi Kelantan asli yang dibawa turun-temurun melalui datuk-nenek kami dan seterusnya dipelajari dari Allahyarhamah ibu tersayang Che Gayah Suleiman. Rempah asli ini diadun mengikut resepi yang asal dan tidak mempunyai pengawet, food additives ataupun sebarang jenis bahan terlarang. Segalanya disediakan mengikut syariat dan insya Allah halal dan bersih.

BAHAN REMPAH
Rempah kami adalah rempah basah dan bukan serbuk. Ini adalah bagi memastikan keaslian rasanya dan dipakej sebaik mungkin agar tahan selama 4-5 hari ketika dalam penghantaran. Ianya perlu disimpan secara deep freeze bagi mengekalkan kesegarannya dan boleh digunakan walaupun setelah berbulan dalam pembekuan, insya Allah.

PENYEDIAAN
Apa yang anda perlu buat hanyalah memasukkan rempah, ayam, kambing, lembu atau bahan lain spt susu dan sos tomato dan ia sedia dimakan! Mudah bukan?

PEMBELIAN SECARA ONLINE
Penghantaran menggunakan POSLAJU